Alhamdulillah.. Rezeki.. semalam aku dapat satu kerja..
kerja yang memang senang gila.. Jaga pendaftaran majlis perkahwinan kat Hotel JW Marriot.
Nie kali kedua la selepas majlis kawen kat tasik titiwangsa bulan lepas.
Sambil menyelam minum air. Sambil-sambil jaga pendaftaran tu, boleh jugak improve communication skill kan..
Pak lah pun datang. PM tak datang, sibuk hal negara agaknya. Ramai tetamu tak hadir mungkin faktor masa kot. Ahad malam, agak tak sesuai sebab Isnin hari bekerja.
Masa taklimat tu kecut perut gak la, almaklumlah kita orang kampung.
Mana reti bergaul dengan VVIP nie. Lepas tu, mak haih.. nak kena speaking english pulak..
Jadi jalan penyelesaiannya, aku anggap sesi pendaftaran nie macam hari presentation enlish hari tu.
So, rilek la kan.. Tak da la gelabah bewak sangat..
Apa nak takut, VVIP tu majoriti melayu, tak kan nak speaking english koooooott..
Melainkan ada bangsa lain yang tak reti cakap Melayu la kan.. terpaksa..
Moral, BELAJAQ SPEAKING ENGLISH.. mintak kerja nak kena speaking english, kerja senang jaga pendaftaran gini pun kena speaking jugak... ahaaaiiii...
Melentur buluh biar dari rebungnya.. Oh.. aku buluh..
yang nie wedding kat Tasik Titiwangsa hari tu.
Dr. Zali dan Ema..
Cun kan?
yg nie lagi cun kan? ahahaa...
Majlis kawen kat JW Marriot semalam..
Baju yang sama aku pakai sebab aku dah tak da baju hitam.
Hihi.. gasaklah..
Memang setiap kali event, kena pakai baju hitam, bagi seragam.
Wedding planner yang inner tudung pink tu.
Kitorang kerja bawah dia la.
So, sesapa nak kawen, boleh la contact.. Hee..
p/s: pakat kecoh bila tengok minuman yang dihidangkan air sirap. Kenduri kat kampung ayaq sirap, kat hotel pun ayaq sirap gak? haha.. cuma tambah ceri ja la kat gelas. Boleh tiru nie.. Kehkeh..
Sambil menyelam minum sirap.. eh.. study.. study.. lusa exam.. wish me luck.. ececeh.. speaking pulak..




1 ulasan:
wow.dasyat ah rayy..nnt ayu kawen leh calling2 rayy.hehe..kalau kawen la kan.hahaha
Catat Ulasan