Hari nie dah masuk hari keberapa kita puasa kawan-kawan?
Berapa hari lagi nak raya kawan-kawan...?
Jawab sendiri.
Hari nie aku nak ajar buat kuih yang sedap dan senang gila semudah makan kacang goreng cap ibu jari.
Boleh jugak dijadikan kuih raya dan jugak untuk dikunyah malam-malam lepas berbuka.
Bahan-bahan:
Kulit popia
Nestum
susu tepung
gula
Cara-cara:
1. potong kulit popia kecil-kecil. ikut selera. aku suka potong kecil-kecil, lepas tu lipat dua. Korang suka hati la nak buat macam mana pun.
2. goreng kulit popia tadi dalam minyak yang banyak. Pastikan api kecil, takut kulit popia hangit. Bila kulit popia dah nampak kekuning-kuningan, angkat dan toskan minyak.
3. Kisar nestum, susu dan sedikit gula. Anggaran 3:2:1.
4. Selepas itu, gaulkan kulit popia yang telah digoreng bersama-sama serbuk nestum+susu+gula yang dikisar tadi. Ok. Siap.
Selamat mencuba!!!
---First time aku buat, bawak balik hostel, ada orang tempah. Alhamdulillah.. rezeki.. rezeki.. walaupun tak da la banyak sangat, tapi cukup la untuk belanja harian.. tak payah mintak kat mak dah.. hehe... ----
6 ulasan:
ade gambar x??nk tgk kuih nyer jd cm ne...
gambar plis. wah..chef rayy..leh ayu try nanti. mana tahu org berkenan nak buat bini..wahahah.. wah, bisnes woman dah dia :) gud job rayy.
woahhh.. very3 simple.. blh aq try neh.. tenks weh share resepi neh. :)
wt biz..bgusla.duit poket tu=)
my fav gak tau!!!
nampak senang..tapi nak jugak tgk hasilnya....
Catat Ulasan