Bertemu lagi kita dalam rancangan mari memasak bersama Chef Rayy.. Kahkah..
Masakan orang bujang saja dan resepi bagi adik-adik yang baru nak belajar memasak, atau bagi sesapa yang tak penah try cara menggoreng ayam macam aku nak tunjuk nie..
Ada sesetengah orang yang goreng ayam pakai garam dan kunyit saja. Cara tu tak sedap sangat.
Tapi kalau malas, aku goreng pakai garam dan kunyit saja.
Nak jadikan ayam goreng lebih sedap. Caranya senang saja.
Sediakan Bahan-bahan:
Daging Ayam
Kunyit
Garam
Bawang Merah
Bawang Putih
Jintan Manis
Kulit Kayu Manis
1. Basuh ayam dengan air dan tepung gandum. Kalau tak da tepung gandum, gantikan dengan air basuhan beras. Tujuannya adalah untuk menghilangkan bau.
2. Tumbuk bawang merah, sedikit bawang putih, sedikit jintan manis dan sedikit kulit kayu manis. Bawang merah banyak pun tak apa.
3. Kemudian, gaulkan ayam bersama garam dan kunyit beserta bahan yang ditumbuk tadi.
4. Selepas itu, goreng dalam minyak macam biasa.
Selamat Mencuba!!!

8 ulasan:
baru lepas makan ayam goreng. :)
macam menarik ! adeihhh..lapo la plak !heeeeeeee
kalau ikot resepi ni tapi xsedap cm ne...hahaha
lagi uhhhmm kalo di perapkan ayam semalaman. baru la bahan2 meresap ke dalam badan ayam..hehehehe.. nice babe!
pergh suka bg kwn2 lapaq T_T
cm cedap jew . len dr yg len la .. huhu ;)
kau nie betol2 kasi aq terliur la.. ini yg m'buatkn nafsu memasak + makan aq kmbli bgkit neyh..haisyhh..
KAMI: yaka? xajak pon. haha
lynda: hehe.. mmg menarik.. try la..
Taufiq: klau xsdp bkn slh sy, slh ayam tu la..hahaa..
Ayuni: Ha'a btol2..
Farid: hahaa.. sory arr..
Mieza: sedaaapp.. heee...=)
Sya: sabar sya.. sabar.. hehe..
Catat Ulasan