'An... mangkit p sekolahh..' alahai mak.. malasnya nak p sekolah.. bisikku dalam hati. Ahhh.. kena pergi juga. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Dengan malasnya aku bangun sambil menggeliatkan badan dan memuncungkan mulut tanda protes. Dasar pemalas. Tuala dicapai, kaki diatur malas ke bilik air.
Setibanya di sekolah, aku masih lagi muram. Bencinya. Kan seronok kalau tak payah sekolah. Bosanlah. Duduk rumah lagi seronok. Tapi aku tahu, itu adalah mustahil. Lagipun aku tak mahu jadi seorang manusia yang tiada pelajaran, nanti aku nak kerja apa, tiada siapa mahu ambil aku bekerja. Aku nak berjaya, nak ada kereta besar, rumah besar, nak ada kerja yang baik-baik. Suami? Aku masih budak. Tiada istilah suami dalam kepala.
Cepatlah habis sekolah. Cepatlah. Akhirnya sesi persekolahan untuk hari itu tamat. Betapa gembiranya aku. Lebar tersenyum sampai telinga. Tak sabarnya nak balik rumah. Boleh jumpa Tommy. Rindu Tommy sangat-sangat. Panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kepulanganku hari itu, disambut dengan tragedi ngeri yang menimpa Tommy. Masih jelas di mataku, Tommy menggelupur, darahnya mengalir bersama-sama air hujan yang mencurah ke bumi. Tommy dilanggar kereta. Aku terkedu. Terdiam. Tiada apa yang mampu aku lakukan. Sedih. Hibanya hati aku tiada siapa yang tahu. Tidak sanggup rasanya untuk melihat derita yang ditanggung Tommy. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Petang itu jugak Tommy dikuburkan.
Malam itu, mimpiku didatangi Tommy dengan keadaan yang basah kuyup, seperti dalam keadaan kematiannya, tetapi tiada darah di kepala, tiada kecederaan, sihat seperti biasa. Rupa-rupanya ayahku juga mimpikan perkara yang sama. Adakah Tommy datang untuk mengucapkan selamat tinggal? atau adakah dia datang untuk mengucapkan terima kasih di atas kasih sayang yang telah aku curahkan terhadapnya selama ini? Aku pun tidak mengerti.
TOMMY..... Kucing kesayangan....... Wuwuwuuuuu... Sedihnya..
5 ulasan:
huuu. ayu pun ada kucing. ada lagi.. tapi anak dia mati dek dilanggar kereta. huuu..
i love u cat. hee~
aku pon pernah mngalami nasib mcm kau.. dolu aku pernah bela kucing then dye mati.. aku nanges xberlagu weh..lps tue aku dah xbela lagi dah.. serik khlgn kucing ksygn T_T
wuu..sedihnye...xsampai at kot kalu tgk kucin kene langgar kete. sbb depa cute sgt.
huhu
sedihnya bila kucing kesayangan mati... pernah jugak ada kucing mati sedih sangat.. T__Tv
tak pe.. awak cari kucing baru ea.. chill2.. tak mau sedih2 da ea :D
wuwuwuuu... menangis xberirama.. hehe
Catat Ulasan