Anak-anak sedara aku.
Bestnya cuti. Awal-awal pagi jalan-jalan keliling kampung, tangkap pepatung, petik bunga-bunga yg tumbuh meliar di tepi sungai, sedut udara pagi yg memang nyaman gilalah, memang best. Time nie la boleh tengok macam-macam jenis burung. Ada burung raja udang, burung pucung, (speasis burung kaler putih, yg slalu tgkp ikan dalam sawah padi), dan macam-macam lagilah yg aku tak tau nama, kaler kuning, hijau, memang cantik. Dari aku kecik sampai dewasa aku tak pernah jemu dengan keindahan kampung aku yg dipenuhi dengan sawah padi yg menghijau.
Aktiviti berkubang dalam sawah. kehkeh.
Nie la burung Raja Udang. Cantik kan?
...
Selain masak-masak, kami main congkak, zero point, tuju kasut, gasing, teng teng, sorok-sorok, memang best dan mencabar. Budak-budak zaman sekarang mana main semua tu. Kalau ada pun, sikit sangat. Semua sibuk dengat Astro ceria, Facebook (kecik-kecik pun dah pandai), online games, Play Station dan macam-macam lagi la.
...
Bila petang, kami berbasikal ramai-ramai keliling kampung. Kalau musim menuai, kami main layang-layang dalam sawah yg dah kering. Ada jugak yg main bola sepak dan sepak takraw. Bola sepak pernah jugakla merasa. Tapi sepak takraw tak pernah, sebab agak susah jugak la. hehe..
Amek angin kampung.
Itu dulu. Sekarang, balik kampung, kelibat budak-budak yg berbasikal, bermain layang-layang dalam sawah, dah tak kelihatan. Yang aku nampak, budak-budak bermotorsikal ramai-ramai dan pakat-pakat memeriahkan cyber cafe, main game. Sedih.. Sedih...
p/s: Ada banyak lagi, tangkap katak, belalang, memancing, tangkap ikan,udang dalam sungai dan sawah, tangkap rama-rama. Hmm.. tapi sekarang pepatung, udang, rama-rama, belalang, burung-burung, dah jarang kelihatan. Pencemaran agaknya. Nie kisah zaman kanak-kanak aku. Korang pulak?




4 ulasan:
mse kck2 fay byk cita2..bila da besar x tau nk jd ape :D
zman kanak2 mmng mnyeronokkan...memori cukup indah..
zaman kanak2 diah dlu....urmmmm....ada gaya ala2 power rangers la jgk..hehehee...xlekat kat umah even for a minute....just untuk mkn dan tidoq ja kalau xcilap..heheee
ehe mase kecik lg best sbb bdk2 lg extreme but in a gud way la. now bdk2 extreme tp in a wrong way pulak :)
Catat Ulasan