10 Februari 2011

Kisah Benar: Mati Hidup Kembali

Kejadian nie berlaku kat kampung aku yg terletak di utara semenanjung. 
Masa tu, aku baru tingkatan 4.
Jiran depan rumah aku tu dah lama sakit. Nak bawak ke hospital, dia tak mau.
Pujuk punya pujuk, akhirnya dia bersetuju jugak untk mendapatkan rawatan di hospital.
(oowhh.. aku panggil dia Tok Tam)
Setelah beberapa hari masuk hospital, akhirnya Tok Tam dibenarkan keluar hospital.
Keadaannya pulak tak pasti la samada makin teruk atau makin sembuh.
Dah baik kot.. Kalau tak, tak kan la boleh keluar wad kan.
...............
Satu hari, ada sorang Hamba Allah nie, aku gelar dia Ali ja la eik.. tak ingat nama.. hehe..
Ali terserempak dengan cucu Tok Tam kat tengah jalan.
................

Ali: Ca'on!! Tokwan hang macam mana..?? (ca'on nama budak tu)
Cucu Tok Tam: Mana da. Mati dah aih...

Si Ali nie pon apa lagi, heboh la kat orang kampung.
Kebetulan, hari tu ada kenduri kawen dekat hujung kampung..
so, orang-orang kampung pakat-pakat meriah kat sana la.
Tanpa berlengah, Ali terus ke hujung kampung dan memberitahu semua yg ada kat situ bahawa Tok Tam sudah meninggal dunia.
Apa lagi, semua orang kampung terus ke rumah Tok Tam untuk menziarahinya kali terakhir sekaligus menolong menguruskan jenazahnya.
Memang adat masyarakat kampung.. Saling tolong menolong.. baik dalam hal keramaian atau kematian..
Sampai ja kat rumah Tok Tam,
.....

Pak cik 1:  Assalamualaikum.
Anak Tok Tam:  Waalaikumussalam. Mai la masuk. Ayah dok rehat kat dalam.
Pak cik 2:  eh! Dengaq kata, ayah hang tak dak dah. Betoi ka??
Anak Tok Tam:  Dak aih.. tau mana? Ayah dok ada tu.
Pak Cik 2:  Dengaq depa heboh kat tempat kenduri tadi..
Ali:  Ca'on la habaq tadi..
Anak Tok Tam:  isy2.. nak kena budak nie..
Tok Tam:  hoi.. apa ramai-ramai tu.. mai la masuk.. Aku hidup lagi nie...


Apa lagi, semua bantai gelak kat situ jugak la. Org kampung cakap Tok Tam mati hidup balik. heheee..
Apa punya cucu, tokwan dok sihat, dia kata dah mati.. budak-budaakkk...
......

Sekarang, Tok Tam dah betul-betul kembali kerahmatullah. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan bahagia di sana. Al fatihah.

2 ulasan:

cik mieza berkata...

Takziah diucapkan..moge rohny dicucuri rahmat-Nya

kpah k-poh Sharifahnor berkata...

Al-fatihah..