27 Disember 2012

Tip Bibir Merah Menawan

Sejak dua menjak ni ada la satu produk cecair memerahkan bibir yang dipromosi sana sini.
Hanya calit ke bibir, bibir kelihatan merah bak delima merekah.
Ala ala awek korea gitu.
Aku pun tak senang duduk.
Nak la try jugak bila tengok hasilnya, waahhh... berseri2.
Tapi..
Tiba-tiba aku teringat..
Rasanya aku tak perlukan cecair untuk memerahkan bibir tersebut sebab.......
ada satu bahan yang boleh memerahkan bibir sama seperti itu.
Aku pun masuk dapur, ambik bahan tu sapu ke bibir.

Ya. Berkesan.
Menjadi.
Tau tak apa bahan tu?
SIRAP.

Tak caya, masuk dapur cari sirap.
Ambik sikit sapu ke bibir, merah menyala. Haha.
Dan rasanya tak bahaya kot untuk bibir, tu kan cuma perasa minuman.

Hasilnya. Nak lebih jelas, cubalah sendiri.
Sebelah mata terpaksa ditutup.
Terlalu ngeri untuk dipaparkan.
*Sore eyes... I've got 5 days MC.. Omggg...Ommmmgggg... 


Mak aku cakap orang zaman dulu pakai pencelup kaler merah untuk merahkan bibir sebab tak da lipstik.
Selamat Mencuba...!! Kihkih.

21 Disember 2012

Hasil jari jemari: Crepe Paper Mawar


Masa konvo hari tu akak aku ada kirimkan sejambak bunga hidup sebab dia tak dapat hadir.
Bila dah kering, rasa sayang pulak nak buang.

Jadi dengan menggunakan crepe paper/kertas jagung (oqang kedah sebut
 qetaih pequt ayam), aku buat bunga ros dengan panduan 'Cik' G (Cik google.. ).

Aku gantikan ros-ros hidup yang dah layu tu dengan ros crepe paper.
Jadi, sesiapa yang selalu dapat bunga tu dan sayang nak buang boleh la 'try' buat macam ni.
Selamat mencuba!!

20 Disember 2012

2012

Pejam celik pejam celik dah sampai ke penghujung 2012. 2012 tahun yang menceriakan bagi aku. Tamat diploma, jadi tunangan orang, konvokesyen, dan paling bermakna dapat rasa pengalaman menjadi seorang guru walaupun hanya untuk seketika. Guru, antara cita-cita aku semasa di bangku sekolah sampailah sekarang. Kalau tahun lepas, aku diasak dengan pelbagai masalah dan kemuraman yang berpanjangan. 2011 tahun sedih, 2012 tahun gembira, bagaimana pula 2013? Mungkin itu tahun permulaan hidup baru bagi aku? Mungkin.


Dan tahun ini juga kita dapat jumpa banyak tarikh cantik. 12.12.12 , 20.12.2012, Dan paling istimewa, 1.2.34 Hijrah.. :)

*Kesedihan itu ujian, kegembiraan juga ujian untuk menguji sejauh mana kita ingat padaNya.. Semoga aku tak lupa.

18 Disember 2012

Manisnya realiti.. Kaburnya alam maya...

Zaman kanak-kanak aku cukup sempurna. Hidup sepenuhnya dalam alam realiti. No facebook, no online games. Pegang lastik sebenar, bukan lastik alam maya yang diisi dengan peluru burung marah lalu sang babi hijau menjadi sasaran. Aku bermain dengan alam semula jadi. Mengutip bunga liar di tepi kebun sayuran. Menangkap sang pepatung yang hinggap di rumput tepi sungai. Menangkap kupu-kupu yang sedang leka menghirup madu. Memancing ikan puyu, keli, lampam, haruan di sawah padi dan sungai. Menagkap anak katak yang bermain di gigi air untuk dijadikan umpan. Dan bermacam lagi... Seronok? Ya. Sangat seronok. Tak lupa juga permainan tradisional. Lompat getah. Tuju selipar. Guli. Gasing. Layang-layang. Ting ting. Congkak. Betapa indah hidup di dunia realiti. Berkawan dengan alam. Bermain di dunia sebenar. Walau seindah mana dunia maya... Merantau ke seluruh pelusuk bumi. Mengenal pelbagai bangsa, budaya, warna kulit. Kawan yang berjuta... Ber'shopping' hanya depan skrin komputer.. Tetap tak semanis kehidupan realiti....

08 Disember 2012

Jadilah pengguna yang bijak

Eh... lawanya kasut ni. Macam Cinderella.. RM 50 ja?
Nak ka tak mau?
Nak ka dak?
Tapi kalau nanti dapat tak puas hati, tak sama macam dalam gambar, membazir pulak.

Aku tak gemar sangat beli barang-barang online ni.
Ah.. abaikanlah kasut tu...

Tanpa diduga..
Hari ni, aku nampak kasut yang sebijik macam aku tengok kat facebook tu..
dengan harga..

WOWW!! RM 29.90...
Tunggu lagi tak beli.. RM 20.10 aku dah jimat.

Selain kasut, sabun pun sama...
Sabun jenama x yg berasal dari thailand, berfungsi untuk mencerah, melembab, melicin kulit, tapi tak licin-licin jugak,
aku beli kat kampung RM 2.
Tapi online jual RM 6 - 10
Kat kedai-kedai kebanyakannya RM 4 - 6

Sama jugak baju, sebijik, serupa, warna pun sama, tapi harga lain..
Kat downtown hanya RM 40.. (aku dah beli lepas tu baru nampak kat facebook)
Tapi kat facebook RM 59...

Penjual tak salah. Sapa berniaga tak mau untung.
Kita sebagai pengguna, pandai-pandai la kan...
Tapi kalau yg menjual tu kawan kita, apa salahnya beli, boleh juga tolong kawan-kawan..
:)

*Lelong.. lelong.. ubat ketiak, 3 botol 100 hinggit.....!! Mai beli, mai...

23 November 2012

Dikala jam menunjukkan angka 4.55 pagi, aku terkebil-kebil keseorangan di depan laptop Toshiba kak aku punya tanpa arah tujuan.

Ah. Sungguh memalukan.

Gadis berusia 21 tahun yang layak digelar de.. eh.. re.. eh..dewasa... remaja... mana-mana pun buleh,
masih belum mempunyai arah tujuan.

Masih tersorok di bawah ketiak mak.

Masih perlu peneman pabila telapak kaki mau menjejak ruang planet berbentuk sfera ini luar kawasan 'sarangnya.'

Sepatutnya aku sudah mampu berdiri di kaki sendiri.
Sepatutnya aku sudah berani.
Ah. Janji bahagia...

07 Ogos 2012

Pengalaman 'manis' aku sebagai guru ganti. :)

 Subjek  Pendidikan  Seni  Visual  darjah  3.

Minggu  nie  dah  masuk  minggu  ke-6  aku  bertugas  sebagai  cikgu  menggantikan  Puan  Haszlina  yang  bersalin.
Susah  rupanya  jadi  cikgu.  Ingatkan  macam  dalam  tv  tu,

'Selamat  pagi  murid-murid..'

'Selamat  pagi  cikgu...'

'Ok..  semua  duduk,  hari  ni  kita  akan  belajar  bla...  bla..  bla...'
(semua  duduk  dengan  tertib  dan  keluarkan  buku  masing-masing)

Ok.  Ini  drama. 

 Kem  Kepimpinan  melibatkan  murid  tahun  4  dan  5

Tapi  apa  yang  berlaku  tak  seindah  drama  tv,  tak  semudah  mengopek  kulit  bawang,  tak  sesenang  menelan  ABC  di  warung  Pak  Mat  Tempe  tengah  panas  terik  mentari.

'Assalamualaikum...'

'Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh  Cikgu...'


'Ok..  semua  duduk...'

'Terima  kasih  Cikgu...'


'Keluarkan  buku  tatabahasa  1  dan  salin..'

*pot  pet  pot  pet..  bising.. Ada  yang  berlari-lari  lagi.


'Cikgu..  buku  apa?'

'Tatabahasa  1..'

*pot  pet  pot  pet...  bising  lagi.  Yang  terjerit-jerit  pun  ada.


'Cikguuuuuuu....  buat  dalam  buku  apa?'

'Buat  dalam  buku  tatabahasa  1....!!!!!!!!!  Cikgu  cakap  kat  depan,  kamu  bising  kat  belakang,  macam  mana  nak  dengar??  Keluarkan  buku  sekarang!'   

*cikgu  dok  berkira  nak  naik  angin  dah.  haha.



'Cikgu...  buku  tatabahasa  1  tak  bawak...'


'Buat  la  dalam  buku  apa  pun...'

*terus  bising  sampai  habis  kelas.
Aku  pulak??
Hampir  nak  terkeluar  anak  tekak  jerkah  budak-budak.
Diam  la  sat,  seminit  pun  tak  sampai.

TAHNIAH  GURU-GURU  SELURUH  DUNIA.
ANDA  MEMANG  HEBAT.


Terlalu  mencabar.
Pahit  tapi  banyak  manisnya.
Geram,  marah,  sakit  hati,  tapi  ada  yang  mencairkan  hati.
Nama  pun  budak-budak.  :)

Apa  pun,  sangat  seronok  sebab  nie  memang  cita-cita  aku.
Tak  dapat  jadi  guru  tetap,  guru  ganti  pun  ok.
Tapi  kalau  ada  rezeki  dalam  bidang  nie,  Alhamdulillah.  Bersyukur  sangat.
 ( '', )