*Kesedihan itu ujian, kegembiraan juga ujian untuk menguji sejauh mana kita ingat padaNya.. Semoga aku tak lupa.
20 Disember 2012
2012
Pejam celik pejam celik dah sampai ke penghujung 2012.
2012 tahun yang menceriakan bagi aku.
Tamat diploma, jadi tunangan orang, konvokesyen, dan paling bermakna dapat rasa pengalaman menjadi seorang guru walaupun hanya untuk seketika.
Guru, antara cita-cita aku semasa di bangku sekolah sampailah sekarang.
Kalau tahun lepas, aku diasak dengan pelbagai masalah dan kemuraman yang berpanjangan.
2011 tahun sedih, 2012 tahun gembira, bagaimana pula 2013?
Mungkin itu tahun permulaan hidup baru bagi aku?
Mungkin.
Dan tahun ini juga kita dapat jumpa banyak tarikh cantik.
12.12.12 , 20.12.2012, Dan paling istimewa, 1.2.34 Hijrah.. :)
*Kesedihan itu ujian, kegembiraan juga ujian untuk menguji sejauh mana kita ingat padaNya.. Semoga aku tak lupa.
*Kesedihan itu ujian, kegembiraan juga ujian untuk menguji sejauh mana kita ingat padaNya.. Semoga aku tak lupa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




2 ulasan:
happy becoming new year..! jdkn pengalaman sepjg 2012 sbg kenangan manis utk 2013. ;)
Bnyk perkara penting berlaku ek..alhamdulillah,semuanya baik2 sj...akak pulak rasa mcm sama je...hehee
Catat Ulasan