Jarum jam ku tenung.
Detik demi detik aku kira.
Bilakah segalanya akan terungkai?
Kenapa tidak saja aku yang rungkaikan?
Jawapannya mudah saja, kerana aku tak berdaya.
Tak berdaya bukannya beerti aku lemah, tapi kerana terlalu rumitnya simpulan ini sehingga mustahil untuk aku merungkainya sendirian.
Aku perlukan bantuan supaya aku lebih kuat.
Aku perlukan pertolongan untuk menjadi lebih gagah.
Aku perlukan kerjasama untuk merungkaikan simpulan yang rumit ini.
Apa yang penting, kerjasama...!
Ya. Tepat Wonderpet.
Tidak ada kena mengena kisah aku dengan wonderpet yang sengaja mau interframe.
Ini bukan kisah lucu jenaka, ini kisah sedih.
Maka, abaikan sahaja anasir-anasir yang tidak bersesuaian.
Jadi, sebagai konklusi, aku pening bila memikirkannya.
Simpulan itu kekal sebagai simpulan sebab tiada siapa yang merungkainya.
Aku pula hanya menunggu, setia terpaku di hadapan jam dinding, melihat jarumnya bergerak detik demi detik, mengharap simpulan itu terungkai jua akhirnya.
1 ulasan:
leez sker tgk wonderpets. tp, kdg2 xlogic jugak. he3..
Catat Ulasan