Doa orang teraniaya Insyaallah dimakbulkan.
Kalau nak ikutkan hati mau saja aku doakan kau yang buruk-buruk.
Tapi siapa aku untuk menghakimi?
Aku tak sekejam tu nak mendoakan keburukan untuk kau.
Semoga kau berjaya.
Semoga kau bahagia.
Bahagia dengan kejayaan kau.
Hari nie kau tersenyum, bergelak ketawa, sedangkan aku dan yang lain dalam kesedihan dan kedukaan yang tiada terungkap.
Aku nak tengok sejauh mana kejayaan kau.
Maaf. Tak berniat nak tengok kau jatuh walaupun nafsu meronta-ronta mintak kau jatuh dan biar kau rasa bagaimana sakit dan peritnya.
Semoga kau bahagia KAWAN.
Ketawalah kau sepuasnya.
Kerana ini hari kau.
Esok lusa tak tau lagi.
1 ulasan:
doalah semoga KAWAN itu sedar dari lamunan. :)
Catat Ulasan