Ibu kurus kering.
Macam mana nak ada susu kalau tak cukup zat?
Nanti anak-anak dia macam mana?
Kesian tak cukup makan.
Jadi, aku dengan roomate aku belikan Ibu ikan.
Selera betul Ibu makan.
'Hujung minggu nanti la carik whiskers..'
Hari demi hari, anak-anak Ibu makin besar.
Mata pun dah celik. Comel sangat.
Tapiiii... banyak kutu.
Macam mana nie..?
Kesian Bubu dan Tehteh, darah kena hisap dengan Cik Kutu.
Akhirnya kami ambik kata sepakat untuk serahkan saja Ibu dan anak-anaknya kepada sorang gadis yang ingin membantu.
Aku dengan roomate aku, sedih gila woo..
Lalu, Gadis tersebut membawa Ibu dan anak-anaknya pulang ke rumah.
Sepanjang perjalanan, Ibu memerhati ke luar tingkap kereta dengan penuh tanda tanya.
Eceh!! Macam paham pulak perasaan dia.
Bila ada motorsikal memotong, Ibu menunduk kepala, seolah-olah mahu menyembunyikan diri.
Terkejut atau takut agaknya.
Kedatangan Ibu dan anak-anaknya disambut baik oleh Emak si Gadis.
Di situ, Ibu mendapat makanan yang cukup dan dijaga dengan rapi.
Sekarang, Ibu dah gemuk.
Anak-anak dia pun dah besar.
Bila jumpa Si Gadis, pasti kami akan bertanyakan tentang Ibu dan 2 ekor anaknya, Bubu dan Tehteh.
Nie saja la gambar yg ada.
Sekarang, mesti mereka makin comel kan.
Gemuk, bersih, sihat.
Tak sia-sia kami lepaskan 'mereka' pergi.
----hahahaa.. macam karangan budak sekolah rendah...-----

3 ulasan:
alahai mmg comel..dah besar mesti la lagi comel..
cumel2.. ala kesian je rayy kena berpisah. hukhuk..
eeii sedih baca! huuuu ;'(
Catat Ulasan