1. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam
*sangat sedih sampai tak selera nak makan
2. Air mata jatuh ke dalam
* Berdukacita dalam diam
3. Ayam tidur senang di dalam reban, musang yg susah beredar sekeliling
* tak senang tengok org lain bahagia
4. Angguk enggan, geleng ia
* Di mulut lain, di hati lain
5. Angkuh terbawa, tampan tertinggal
* Muka cantik/hensem, perangai buruk
6. Apa guna bunga ditanam, jika tidak diberi kumbang menyerinya
* tak guna ada anak perempuan kalau tak bagi bersuami
7. Apa payahnya menggoyangkan lidah saja
* banyak berjanji tapi tak tepati
8. Api kecil baik dipadam
* cegah kejahatan semasa belum parah lagi
9. Ada hari, ada nasi
* selagi hidup mesti ada rezeki
10. Ada sampan hendak berenang
* sengaja bersusah payah
p/s: kreatif kan orang dulu-dulu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan