Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Z (nama penuh terpaksa dirahsiakan) yang tinggal di sebuah desa di Utara Tanah air. Dia ada seekor kambing yang bernama Ahad. Kenapa namanya Ahad dan bukan Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat atau Sabtu? Sebabnya ialah kambing ini dilahirkan pada hari ahad. Jadi dia dinamakan dengan Ahad. Z sangat sayang pada kambingnya. Setiap hari, dia meluangkan masa untuk bermanja-manja dengan Ahad. Masa Ahad kecil, Z letak Ahad dalam buaian dan memberi Ahad susu botol. Hubungan Z dengan kambingnya ibarat ibu dan anak. Begitulah akrabnya mereka. Tetapi keakraban mereka tak bertahan lama. Bila Ahad dewasa, dia disembelih. Sayu hati Z bila 'sahabat karibnya' sudah tak bernyawa. Betapa sayangnya Z kepada Ahad sehinggakan dia tak sanggup nak menjamah daging Ahad yang sudah menjadi kari itu. Sehinggalah ke hari ini, Z masih belum mahu menjamah daging kambing kerana masih teringatkan kambing kesayangannya, Ahad.
.........harap-harap 'Z' tak baca post nie.. kalau tak, mati aku... wuahahaa.............

Tiada ulasan:
Catat Ulasan