11 Mac 2010

MISTERI TANDAS BLOK F

Kejadian ini berlaku pada Isnin minggu lepas. Malam tu, kitorang ada kelas malam. Kelas ganti business math. Test pulak tu. Adess.. Tension betoi. Dah la aku bengap sikit subjek kira-kira ni.
Nak ikutkan hati, nak ponteng je kelas tu. Tapi disebabkan test, terpaksalah juga merajinkan diri.
Jam dah hampir menunjukkan lapan malam. Aku dengan malasnya bersiap-siap ala kadar untuk menghadiri kelas. Uhhh.... malasss...........
Digagahi juga kakiku untuk melangkah menuju ke Dewan PSZ. Selalunya kelas ganti business math diadakan dekat makmal bahasa. Tapi disebabkan kali ini lecturer kitorang nak buat test 2, terpaksalah aku melangkah jauh sedikit ke dewan yang terletak di tingkat 4 PSZ.
Hati aku berdebar-debar. Tak tahu apa yang telah aku study. Memang hancur la.
Setelah kertas soalan diedarkan, dengan lafaz bismillah aku buka dan selak kertas soalan tersebut satu-persatu. Macam nak menjerit. Apa benda, apa pon aku tak tahu.
Dah la kat situ beraircond. Sejuk gila, dah macam dalam peti ais dah. Nasib baik aku pakai sweater. Kurang la sikit sejuk tu. Kesejukan aircond tersebut membuatkan otak aku yang sudah membeku, makin bertambah membeku sehinggakan aku tak tahu apa yang perlu aku jawab.
Semua orang kelihatan tekun menjawab. Sekejap menulis, sekejap mengira. Hanya aku yang masih terpinga-pinga macam orang bodoh, tak tahu apa benda.
Ahhh... daripada aku membeku kat sini, lebih baik aku blah! Akhirnya, aku membuat keputusan untuk berhenti sahaja menjawab soalan-soalan yang tak masuk akal tu. Setelah aku menghantar kertas jawapan aku kat lecturer, aku dgn perasaan yang bercampur baur antara kecewa, happy sebab dah habis test 2 dan bermacam lagi perasaan aneh yang lain, terus melangkah keluar dari dewan dan terus mengatur langkah menuju ke lift. Ini adalah kali pertama aku merasa seram menaiki lift. Almaklumlah, sorang-sorang. Malam pulak tu.
Aku terus berjalan dan berjalan membelah kegelapan malam dan menyusuri blok-blok yang kebanyakannya kosong pada waktu malam. Sunyi sepi. Gelap pula tu. Dalam hati aku merungut-rungut sambil memaki hamun. Apa hal la diorang tak buka lampu. Jimat ke kedekut ni? Rasa seram pulak jalan ditengah-tengah gelap malam sorang-sorang macam nie. Masa tu la teringat cerita-cerita dan khabar angin mengenai kisah-kisah seram yang terjadi di sini.
Jam menunjukkan 9.55 malam. Awal lagi. Tak ada apa-apa la. Dia kalau nak kacau pun, mestilah lewat-lewat. Orang la yang cakap. Sambil-sambil tu boleh juga sedapkan hati.
Sebaik tiba di blok F, hatiku berdebar-debar. Rasa semacam je. Kakiku terasa payah untuk melangkah. Masa tu la anjing nak menyalak. Bulan mengambang pula tu. Orang kata, kalau anjing menyalak tu, tandanya dia ternampak sesuatu. Makin bertambah seram aku. Aku cuba mnguatkan semangat dan terus melangkah. Setiba di hadapan toilet Blok F, tiba-tiba aku terdengar suara perempuan menjerit terlolong-lolong dari dalam toilet. Perasaan aku masa tu hanya tuhan saja yang tahu. Darah ditubuhku seolah-olah berhenti mengalir. Baru je aku nak buka langkah seribu, tiba-tiba dia menjerit lg. Kali ini agak lain bunyinya. Perasaan ingintahu aku mengatasi rasa takut. Akhirnya aku mngambil keputusan untuk menyiasat apa yang berlaku. Dengan penuh rasa ingin tahu, aku melangkah masuk dengan berhati-hati. Aku lihat ada dua pintu toilet yang berkunci. Dari dalamnya pula terdengar suara perempuan bercakap-cakap. Aku cuba memberanikan diri menegur. Diorang menjerit lagi, 'nakk tisuuuuu.........!!.' Aku apa lagi. Terus gelak macam nak pecah perut. Laa.. kawan2 aku rupanya. Masuk toilet yang xda air. nasib la korang. hahahaaa.... Nasib baik la aku ada tisu. Endingnya, aku lah hero malam tu..
eh!! hero ke heroin?? huhu....


Komen juri: tatabahasa tak betul. Gaya bahasa hancuss!! Ejaan teruk.....

4 ulasan:

syahz berkata...

ahahhaha...skali bca cm seram..rupenyer.!!cess!!
ahaha..tp xper..klu ko xde tisu pn...ko de byk span...bleh pkai gak...ahahhaa

MiZ Rayy berkata...

cis!!! dasar ktak kembong...

syahz berkata...

ahahha..btol pe aq ckap...aahha

MiZ Rayy berkata...

cisss!!!!